Projek Siap Dibina
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.
FamilyMart di YPCC @ Tanjung Lumpur merupakan salah satu komponen pembangunan
komersial di bawah projek YPCC @ Tanjung Lumpur yang bertujuan meningkatkan daya tarikan komersial serta menyokong keperluan gaya hidup moden komuniti setempat. Projek ini melibatkan pembinaan 1 unit lot perniagaan yang dilengkapi kemudahan pandu lalu (drive-thru) bagi meningkatkan tahap kemudahan dan kebolehcapaian kepada pengguna. Penyertaan jenama runcit terkemuka seperti FamilyMart dijangka dapat menambah nilai komersial pembangunan serta merancakkan aktiviti ekonomi di kawasan sekitar. Projek ini dijangka mula beroperasi pada suku pertama tahun 2026, selaras dengan perancangan strategik pembangunan YPCC @ Tanjung Lumpur.




Sekolah Rendah Tahfiz Negeri Pahang (SRTNP) Fasa 1 merupakan sebuah projek pembangunan pendidikan Islam yang bertujuan melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi akademik dan rohani melalui gabungan pembelajaran arus perdana dan hafazan Al-Quran. Projek ini merangkumi pembinaan 1 unit blok akademik dan pentadbiran, 1 unit dewan terbuka serta 1 unit kantin yang lengkap, sekali gus menyediakan kemudahan pendidikan yang selesa dan kondusif kepada murid dan warga sekolah. Projek ini telah siap sepenuhnya pada tahun 2024 dan mula beroperasi bagi sesi persekolahan tahun 2025, selari dengan aspirasi Negeri Pahang dalam memperkukuh sistem pendidikan tahfiz di peringkat sekolah rendah.




Kompleks Warga Emas Madinah Mawaddah merupakan sebuah projek pembangunan komuniti yang direka khas untuk kesejahteraan warga emas dan telah siap sepenuhnya pada tahun 2024. Kompleks ini merangkumi 56 unit rumah jenis Semi-D untuk warga emas, 1 unit surau sebagai pusat ibadah dan aktiviti kerohanian, serta 1 unit dapur dan dobi bersepadu bagi kemudahan harian penghuni. Dibangunkan sebagai sebahagian daripada inisiatif Bandar Madinah Mawaddah, projek ini menyediakan persekitaran kediaman yang selesa, selamat dan kondusif, selari dengan nilai-nilai Islam serta kehidupan bermasyarakat.




YP Riverside Park merupakan sebuah projek naiktaraf landskap di kawasan sedia ada yang
dibangunkan bagi meningkatkan kualiti ruang awam serta menyediakan kemudahan yang lebih selesa dan mesra komuniti khususnya di Tanjung Lumpur. Projek ini merangkumi pembinaan 1 unit bangunan surau dan tandas, kawasan permainan, tapak acara umum untuk pelbagai aktiviti kemasyarakatan, serta kawasan letak kenderaan yang teratur bagi kemudahan pengunjung. YP Riverside Park dijangka menjadi lokasi rekreasi dan aktiviti sosial yang lebih kondusif. Projek ini telah siap sepenuhnya pada tahun 2025.



