logo rasmi

YP LAND Integrity Policy

As a corporate organization with integrity,

YP LAND SDN BHD supports good governance through the practices of the policies as below:

POLISI WHISTLEBLOWING YP LAND SDN BHD

Menggalakkan kakitangan, orang awam, pembekal, kontraktor dan lain-lain pihak ketiga untuk melaporkan apa-apa pelanggaran tatakelakuan atau perbuatan rasuah samada yang sedang berlaku, disyaki akan berlaku atau yang telah berlaku, sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang, salahlaku dan penyalahgunaan kuasa ataupun penyelewengan ke saluran yang telah ditetapkan tanpa rasa takut atau bimbang.

Memberi keyakinan kepada kakitangan, orang awam, pembekal, kontraktor dan lain-lain pihak ketiga atau membuat pendedahan, bahawa mereka dilindungi dan disimpan secara rahsia serta tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak yang lain. Perlindungan tidak akan diberikan sekiranya Bahagian mendapati pendedahan tersebut dibuat dengan niat jahat atau untuk kepentingan peribadi.

Aduan atau maklumat boleh disalurkan melalui surat, e-mel, laman web atau perjumpaan secara bersemuka. Saluran laporan tersebut adalah seperti berikut:

Hadir sendiri

– Berjumpa sendiri dengan Pegawai Integriti YP Land

Email

– integriti@ypland.com.my atau razimah.yp@gmail.com

Surat
– Unit Integriti
YP Land Sdn Bhd
Tingkat 1. Kompleks Yayasan Pahang
Tanjung Lumpur
26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur

Unit Integriti
Razimah Binti Abdullah Hashim
Yayasan Pahang
Tingkat 5. Kompleks Yayasan Pahang
Tanjung Lumpur
26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur

POLISI ANTI RASUAH YP LAND SDN BHD

YP Land Sdn Bhd komited untuk menjamin dan mempertingkatkan integriti pengurusan dan kakitangan mengikut peraturan dan undang-undang yang diguna pakai untuk mengekang aktiviti rasuah bagi menjaga kepentingan kakitangan dan stakeholders dalam mencapai visi dan misi YPL

YPL mengamalkan toleransi sifar terhadap semua bentuk rasuah, sama ada secara lansung atau tidak lansung, dan komited untuk bertindak secara telus, professional dan berintegriti semasa menjalankan urusan perniagaannya.

Pihak ketiga yang dilantik untuk mewakili kepentingan YP Land Sdn Bhd mestilah mematuhi prinsip-prinsip yang dinyatakan di dalam Polisi ini.

YP Land Sdn Bhd telah membangunkan polisi-polisi dan tatacara berkenaan Polisi Penerimaan dan Pemberian Hadiah, Polisi Pemberi Maklumat (Whistleblowing) dan lain-lain untuk memastikan syarikat mematuhi undang-undang anti-rasuah.

YP Land Sdn Bhd akan:

  • Mematuhi peruntukan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 Akta 694) dan undang-undang lain yang berkaitan peraturan, polisi dan prosedur yang telah ditetapkan di dalam melaksanakan tugas mereka,

  • Mewujudkan proses pengenalpastian, penganalisaan, penaksiran dan kawalan risiko bagi proses-proses kerja utama serta membuat perancangan untuk mencapai objektif, sasaran, program dan pelan tindakan bagi aktiviti-aktiviti yang dikenal pasti mempunyai risiko yang memberi impak kepada YP Land Sdn Bhd.

  • Membuat semakan semula dasar dan penilaian risiko sekurang-kurangnya sekali dalam satu tahun kalendar atau sekiranya ada perubahan dalam pengurusan, perundangan dan aktiviti aktiviti bahagian.

  • Mewujudkan ruang pelaporan yang selamat melalui Polisi Pemberi Maklumat (Whistleblowing) bagi menggalakkan pelaporan aktiviti salah laku rasuah atau sebarang pelanggaran integriti serta menjamin kerahsiaan maklumat pengadu.

  • Unit Integrifi YPL bertanggungjawab memantau pematuhan SPAR YP Land Sdn Bhd dan melaporkan ke Lembaga Pengarah dan Pengurusan Atasan YP Land Sdn Bhd.

  • Ahli Lembaga Pengarah YP Land Sdn Bhd dan Pengurusan Atasan YP Land Sdn Bhd komited untuk melaksanakan kawalan dan penambahbaikan secara berterusan menerusi SPAR YP Land Sdn Bhd mengikut standard MS ISO 37001: 2016 Anti Bribery Management Systems.

  • Mengambil tindakan sewajarnya ke atas mana-mana pihak yang tidak mematuhi Polisi SPAR YP Land Sdn Bhd mengikut peraturan-peraturan, polisi, arahan dan garis panduan YP Land Sdn Bhd atau undang-undang yang berkuatkuasa.

POLISI PENERIMAAN & PEMBERIAN HADIAH YP LAND SDN BHD

Selaras dengan pelaksanaan Sistem Pengurusan Anti Rasuah (MS ISO 370001: Land telah mewujudkan Polisi dan Garis Panduan Pemberian & Penerimaar yang bertujuan memberi panduan berkaitan penerimaan & pemberian sumbangan dan derma di kalangan kakitangan YP Land.

Kakitangan YP Land tidak dibenarkan menerima daripada atau memberikan orang atau pihak (pembekal, kontraktor atau lain-lain) sebarang bentuk sumbangan dan derma atau layanan yang baik jika:

i. Pemberian yang berkaitan dengan tugas rasmi; dan/atau

ii. Amaun atau nilai pemberian tidak sepadan dengan maksud pemberian itu; dan/atau

iii. Pemberian atau penerimaan dilakukan dengan niat rasuah.

Sebarang aktiviti penerimaan dan pemberian hadiah, sumbangan dan derma kakitangan tersebut perlu merujuk kepada Polisi Penerimaan & Pemberian Hadiah YP Land Sdn Bhd.

Click the link below to view the certificate :

ANTI BRIBERY MANAGEMENT SYSTEM